Friday 5 October 2012

Refleksi: Dalam aktiviti ini, saya mengeluarkan gambar lembu dan menyuruh murid-murid saya menamakan bahagian-bahagian tubuh pada lembu, ini cuma untuk merangsangan peringatan mereka tentang topik yang sudah dipelajari iaitu bahagian-bahagian tubuh haiwan. Dalam aktiviti ini, saya mendapati kebanyakkan murid dapat menjawabkan soalan saya dengan baik, ini telah menunjukkan mereka telah bersiap sedia untuk meneruskan pengajaran saya iaitu topik yang baru kepada mereka, iaitu membanding dan membezakan bahagian tubuh badan haiwan.

1 comment:

  1. Refleksi:
    Dalam tajuk haiwan di sekeliling kita, alat bantu mengajar yang disediakan oleh saya ialah power point. Melalui slide power point saya, murid-murid dapat mengenali pelbagai jenis haiwan dan dapat mengetahui nama haiwan. Kekuatan saya dapat dikesan dalam aktiviti ini adalah murid-murid menunjukkan kegembiraan semasa saya memaparkan gambar dengan menggunakan power point. Ini kerana bahan yang disediakan melalui komputer, berwarna-warni, visual yang bergerak, animasi, teks, grafik atau ilustrasi yang beraneka dapat memenuhi cita rasa anak murid. Dengan ini, dapatlah menarik minat belajar dalam kalangan murid.

    ReplyDelete