Friday 5 October 2012

bahagian badan haiwan

Refleksi : Saya meminta murid-murid menyatakan nama haiwan berdasarkan gambar. Ini cuma untuk merangsangkan peringatan mereka tentang topik yang sudah dipelajari. Seterusnya saya meneruskan pengajaran topik yang baru iaitu mengenalpasti bahagian-bahagian tubuh haiwan. Dalam aktiviti ini, murid dapat mengetahui pelbagai jenis bahagian tubuh haiwan seperti mata, kaki, sayap, dan sebagainya. Murid-murid membaca nama bahagian tubuh haiwan melalui bimbingan guru. Kemudian saya menyuruh segelintir murid mengulangi ciri bahagian tubuh haiwan yang telah dibelajari. Soal jawab dijalankan oleh saya supaya untuk menguji kefahaman murid.

No comments:

Post a Comment