Sunday 7 October 2012

latihan haiwan bergerak

Cara haiwan bergerak

Refleksi: Dalam tajuk ini, saya menggunakan slaid power point untuk aktiviti pengajaran saya. Slaid power point yang disembahkan adalah bagi murid mengetahui bagaimana pelbagai haiwan bergerak. Kekuatan dalam aktiviti ini adalah murid saya dapat memahami isi pelajaran saya dengan mudah. Hal ini kerana saya telah memaparkan contoh-contoh dengan gambar dalam power point untuk mebuat penjelasan.

Mari Meneka Bunyi Haiwan Jinak

Refleksi: Aktiviti ini adalah permainan kecil yang perlu murid-murid meneka bunyi haiwan. Murid-murid hendaklah meneka apakah bunyi haiwan yang terdapat dengar di dalam slaid ini. Murid-murid mendengar secara teliti, kemudian memilih jawapan yang betul berdasarkan apa bunyi yang telah mereka dengar. Kekuatan saya adalah saya dapat menarik perhatian semua murid dalam pengajaran saya. Mereka sangat berminat dengan aktiviti ini, kerana mempunyai peluang menggunakan komputer memberikan jawapan mereka. Kelemahan saya adalah aktiviti ini cuma melibatkan beberapa murid dalam aktiviti ini sahaja. Oleh yang demikian, murid-murid yang tidak dapat bermain aktiviti ini berasa sangat kecewa dan sedih. Untuk cara mengatasi masalah ini adalah saya perlu merancangan aktiviti permainan yang boleh terlibat semua murid-murid semasa permainan pada masa akan datang supaya murid-murid mempnyai peluang untuk melibat diri secara aktif dalam aktiviti.

Saturday 6 October 2012

latihan bunyi haiwan

bunyi haiwan

Refleksi: Dalam tajuk ini, saya menggunakan slaid power point untuk aktiviti pengajaran saya. Slaid power point yang disembahkan adalah bagi murid mengetahui bunyi pelbagai jenis haiwan. Kekuatan dalam aktiviti ini adalah murid saya dapat memahami isi pelajaran saya dengan mudah. Hal ini kerana saya telah memaparkan contoh-contoh dengan gambar dalam power point untuk mebuat penjelasan.

perbezaan

Refleksi: Dalam aktiviti ini, saya menyuruh murid-murid meneka gambar binatang apakah yang saya pamerkan, tetapi gambar yang saya pamerkan kekurangan sebahagian tubuh badan, dengan ini telah menimbulkan minat semua murid untuk menumpulkan perhatian kepada saya, seterusnya saya meminta murid keluar untuk melukiskan bahagian yang kehilangan kepada siput tersebut, murid-murid saya menyertai dengan penuh perhatian, melalui pemerhatian daripada rangsangan murid saya setakat ini, saya berasa saya telah berjaya untuk menarik minat mereka terhadap pengajaran saya.

Friday 5 October 2012

Rancangan Pengajaran Harian 3

latihan

Refleksi: Dalam aktiviti ini, murid-murid perlu memerhatikan gambar secara teliti dan melukiskan bahagian yang telah hilang pada haiwan tersebut. Ahli-ahli kumpulan juga hendak membuat perbincangan dalam kumpulan. Pada akhirnya, murid dikehendaki menjelaskan pandapat mengenai kepentingan haiwan-haiwan yang mempunyai tubuh yang lengkap berdasarkan gambar kumpulan masing-masing. saya didapati murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti tolong-menolong dan kerjasama di aktiviti ini. Di samping itu, kaedah ini juga dapat melatih mereka berdikari untuk meneroka dan penemuan dalam pembelajaran. Pada akhir aktiviti ini, murid-murid dapat menyiapkan tugasan yang diberi serta memberi alasan dan pendapat dengan munasabah mengenai menjelaskan kepentingan haiwan-haiwan yang mempunyai tubuh yang lengkap. Murid dapat menjalankan aktiviti ini dengan sempurna. Saya menyuruh rakan-rakan lain memberi tepukan kepada mereka sebagai galakan dan menambahkan keyakinan mereka.

bahagian badan haiwan

Refleksi : Saya meminta murid-murid menyatakan nama haiwan berdasarkan gambar. Ini cuma untuk merangsangkan peringatan mereka tentang topik yang sudah dipelajari. Seterusnya saya meneruskan pengajaran topik yang baru iaitu mengenalpasti bahagian-bahagian tubuh haiwan. Dalam aktiviti ini, murid dapat mengetahui pelbagai jenis bahagian tubuh haiwan seperti mata, kaki, sayap, dan sebagainya. Murid-murid membaca nama bahagian tubuh haiwan melalui bimbingan guru. Kemudian saya menyuruh segelintir murid mengulangi ciri bahagian tubuh haiwan yang telah dibelajari. Soal jawab dijalankan oleh saya supaya untuk menguji kefahaman murid.
Refleksi: Dalam aktiviti ini, saya mengeluarkan gambar lembu dan menyuruh murid-murid saya menamakan bahagian-bahagian tubuh pada lembu, ini cuma untuk merangsangan peringatan mereka tentang topik yang sudah dipelajari iaitu bahagian-bahagian tubuh haiwan. Dalam aktiviti ini, saya mendapati kebanyakkan murid dapat menjawabkan soalan saya dengan baik, ini telah menunjukkan mereka telah bersiap sedia untuk meneruskan pengajaran saya iaitu topik yang baru kepada mereka, iaitu membanding dan membezakan bahagian tubuh badan haiwan.

set induksi

Rancangan pengajaran harian 2

Refleksi:

Dalam tajuk haiwan di sekeliling kita, alat bantu mengajar yang disediakan oleh saya ialah power point. Melalui slide power point saya, murid-murid dapat mengenali pelbagai jenis haiwan dan dapat mengetahui nama haiwan. Kekuatan saya dapat dikesan dalam aktiviti ini adalah murid-murid menunjukkan kegembiraan semasa saya memaparkan gambar dengan menggunakan power point. Ini kerana bahan yang disediakan melalui komputer, berwarna-warni, visual yang bergerak, animasi, teks, grafik atau ilustrasi yang beraneka dapat memenuhi cita rasa anak murid. Dengan ini, dapatlah menarik minat belajar dalam kalangan murid.

latihan haiwan

nama haiwan

Rancangan Pengajaran Harian

Monday 1 October 2012

Pengenalan blog

Blog ini mengandungi maklumat subjek Dunia Sains dan Teknologi tahun 1 (KSSR)  yang saya ajar di Sekolah Jenis kebangsaan Chong Kuang. Pada tahun ini iaitu 2012, mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi diperkenalkan bagi murid Tahun Satu untuk menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Sedikit info tentang subjek Dunia Sains Dan Teknologi:

1. Mata pelajaran baru itu akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’

2. Murid Tahun Satu akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru. 

3. Pada dua minggu pertama, murid akan mempelajari Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point pada minggu ketiga dan keempat, manakala minggu kelima dan keenam pula didedahkan kepada Painting.

4. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi.

5. Sains hayat akan mendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, manakala sains fizikal berkaitan semua jenis deria, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk. 

6. Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu ini membabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik.