Friday, 5 October 2012

Refleksi:

Dalam tajuk haiwan di sekeliling kita, alat bantu mengajar yang disediakan oleh saya ialah power point. Melalui slide power point saya, murid-murid dapat mengenali pelbagai jenis haiwan dan dapat mengetahui nama haiwan. Kekuatan saya dapat dikesan dalam aktiviti ini adalah murid-murid menunjukkan kegembiraan semasa saya memaparkan gambar dengan menggunakan power point. Ini kerana bahan yang disediakan melalui komputer, berwarna-warni, visual yang bergerak, animasi, teks, grafik atau ilustrasi yang beraneka dapat memenuhi cita rasa anak murid. Dengan ini, dapatlah menarik minat belajar dalam kalangan murid.

No comments:

Post a Comment