Friday 5 October 2012

Refleksi: Dalam aktiviti ini, murid-murid perlu memerhatikan gambar secara teliti dan melukiskan bahagian yang telah hilang pada haiwan tersebut. Ahli-ahli kumpulan juga hendak membuat perbincangan dalam kumpulan. Pada akhirnya, murid dikehendaki menjelaskan pandapat mengenai kepentingan haiwan-haiwan yang mempunyai tubuh yang lengkap berdasarkan gambar kumpulan masing-masing. saya didapati murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti tolong-menolong dan kerjasama di aktiviti ini. Di samping itu, kaedah ini juga dapat melatih mereka berdikari untuk meneroka dan penemuan dalam pembelajaran. Pada akhir aktiviti ini, murid-murid dapat menyiapkan tugasan yang diberi serta memberi alasan dan pendapat dengan munasabah mengenai menjelaskan kepentingan haiwan-haiwan yang mempunyai tubuh yang lengkap. Murid dapat menjalankan aktiviti ini dengan sempurna. Saya menyuruh rakan-rakan lain memberi tepukan kepada mereka sebagai galakan dan menambahkan keyakinan mereka.

No comments:

Post a Comment